Translate

Tuesday, October 5, 2021

Suspek curi pokok RM50,000 diberkas

 

KUALA TERENGGANU - Dua lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kecurian tiga pokok hiasan bernilai kira-kira RM50,000 milik seorang ahli perniagaan wanita di daerah ini pada minggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Dae rah Terengganu, Superinten dan Suffian Sulaiman berkata, kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an dita han di sekitar bandar raya ini pada Rabu lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai mereka merupakan orang tengah yang menjual tiga pokok hiasan jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon menerusi urus niaga online pada harga RM3,500.

"Suspek pertama menggunakan akaun media sosialnya untuk mempromosi tiga pokok hiasan dicuri itu sebelum men jualnya kepada pelanggan.

"Suspek kedua pula membenarkan akaun bank peribadi nya digunakan untuk urus niaga pokok hiasan terbabit," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Suffian berkata, siasatan awal juga mendapati kesemua pokok hiasan itu dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan penghantaran barang oleh sebuah syarikat kurier terkenal.

Tambah beliau, pihak polis percaya ketiga-tiga pokok hiasan terbabit masih berada pada pembelinya dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

"Kita juga sedang memburu suspek utama yang dipercayai menjadi dalang kepada kecu pokok hiasan terbabit.

"Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Kosmo! 17 September lalu melaporkan seorang wanita, Rus Majida Hassan, 34, me muat naik hantar ke akaun Fa cebooknya memohon bantuan orang ramai mencari tiga pokok hiasan kesayangan yang dicuri di pekarangan rumahnya pada 13 September lalu.

No comments:

Post a Comment