Translate

Tuesday, October 5, 2021

Kompleks baharu IPK Terengganu siap tiga tahun lagi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bakal menerima kompleks baharu yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, kompleks baharu terdiri daripada bangunan sembilan tingkat dan beberapa kemudahan lain termasuk dewan serbaguna akan dibina di tapak asal IPK Terengganu seluas kira-kira
2.05 hektar.

Beliau berkata, kos pembangunan semula IPK Terengganu berkenaan menelan belanja kira-kira RM104 juta.

“Ia akan menggantikan IPK Terengganu yang telah digunakan sejak tahun 1937 iaitu 84 tahun dahulu.

“Bangunan sedia ada sudah tidak lagi sesuai kerana mengalami masalah pendawaian elektrik yang membawa risiko kebakaran selain ruang pejabatnya tidak lagi berupaya menampung keperluan perjawatan semasa,” katanya ketika menghadiri majlis pecah tanah IPK Terengganu di sini hari ini.

Majlis pecah tanah yang disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin turut dihadiri Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Acryl Sani berkata, kompleks baharu IPK Terengganu berkenaan dikekalkan di tapak asal kerana ia terletak di lokasi strategik iaitu tengah-tengah bandar raya ini.

Jelas beliau, pembangunan semula IPK Terengganu itu mencerminkan keprihatinan kerajaan kepada Polis Diraja Malaysia. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment