Translate

Friday, October 1, 2021

13 peminat motosikal lasak ceroboh hutan simpan

 

HULU TERENGGANU - Keghairahan sekumpulan lelaki menguji motosikal masing masing sehingga sanggup menceroboh Hutan Simpan Tembat, Kuala Berang di sini tidak berpanjangan selepas di tahan pihak Jabatan Perhuta nan Terengganu pada Khamis lalu.

Lebih malang lagi, 13 motosi kal lasak pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai ratusan ribu ringgit disita agensi berke naan dalam operasi pada pukul 1 tengah hari itu.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berka ta, ketika operasi dijalankan, kesemua mereka berusia 32 hingga 49 tahun sedang me nunggang motosikal lasak ma sing-masing di dalam hutan simpan tersebut.

"Pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai permit melakukan aktiviti motosi kal lasak daripada Jabatan Per hutanan negeri.

"Hutan simpan tidak boleh dicerobohi sesuka hati dan se barang aktiviti perlu mendapat kebenaran daripada pejabat perhutanan terdekat," katanya di sini semalam.

Menurut Roslan, kes disiasat mengikut Seksyen 47(1) (c) Enakmen Perhutanan Ne gara (Penerimaan-pakai) 1986 Terengganu.

Ujar beliau, hukuman den da maksimum RM10,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan sekiranya mereka disabitkan bersalah.

No comments:

Post a Comment