Translate

Tuesday, October 5, 2021

Kampung Budaya Terengganu kembali beroperasi, kemasukan percuma

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kampung Budaya Terengganu yang menonjolkan kesemua kesenian, budaya dan warisan tradisional terdapat di lapan daerah di negeri tersebut kembali beroperasi mulai hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman berkata, pembukaan semula tarikan pelancongan berkonsepkan muzium hidup tersebut selaras dengan pembukaan semula sektor pelancongan tempatan mulai awal bulan lalu.

Beliau berkata, peralihan Terengganu ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang membenarkan rentas daerah dalam kalangan penduduk tempatan juga mendorong kepada pembukaan semula Kampung Budaya Terengganu.

“Sebagai penghargaan kepada rakyat yang bersabar memerangi pandemik Covid-19 selama ini, kita tawarkan kemasukan percuma ke Kampung Budaya Terengganu.

“Tawaran istimewa ini akan berlanjutan sehingga 31 Disember depan,” katanya selepas merasmikan pembukaan semula Taman Budaya Terengganu di sini hari ini.

Ariffin menjelaskan buat masa ini, kemasukan ke kampung budaya terhad kepada penduduk tempatan yang sudah lengkap vaksinasi.

Tambah beliau, lokasi pelancongan yang terletak bersebelahan Muzium Negeri Terengganu tersebut beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali Jumaat. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment