HULU TERENGGANU - Seramai 323,000 rakyat Terengganu telah dikenal pasti sebagai penerima dos penggalak vaksin Covid-19.
Pengarah Kesihatan Tereng ganu, Dr. Kasemant berkata, ia merangkumi 31,000 petugas barisan hadapan, warga emas (104.000) dan golongan komorbiditi (188,000).
"Mereka dijangka menerima dos ketiga atau penggalak tersebut di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
"la disebabkan semua pusat pemberian awam dan integrasi di negeri ini akan ditutup sepe- nuhnya pada 15 Oktober depan," katanya ketika memantau program suntikan vaksin Covid-19melibatkan masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua, di sini semalam.
Dr. Kásemani memberitahu, program pemberian dos peng galak itu akan bermula setelah plhaknya menerima arahan pelaksanaan di peringkat negeri oleh Kementerian Kesihatan.
Tambahnya, secara dasar nya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tidak mempunyai masalah untuk melaksanakan program terbaharu tersebut kerana bekalan vaksin adalah mencukupl.
Kosmo! semalam melaporkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, garis panduan berhubung proses agihan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 bakal dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) minggu depan.
Menurut beliau, pada waktu ini, panel pakar perubatan dan kesihatan sedang membangunkan garis panduan pelaksanaan pemberian dos itu.
No comments:
Post a Comment