Translate

Monday, October 4, 2021

Community Drumming stabil harga gas LPG

KUALA TERENGGANU - Program Community Drumming akan dilaksanakan bagi men stabilkan semula harga gas cecair petroleum (LPG) atau gas memasak di Pulau Redang, Kuala Nerus.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, inisiatif terse but bukan sahaja bertujuan memberi kestabilan semula ke pada harga gas memasak yang kini mencecah RM45 setong di pulau peranginan itu, malah terhadap bahan api lain iaitu petrol dan diesel.

"KPDNHEP mengambil maklum keluhan penduduk Pulau Redang tersebut dan sebagai jalan penyelesaian, program Community Drumming akan dilaksanakan.

"Program ini membolehkan penghantaran gas memasak, petrol dan diesel ke pulau tersebut diseragamkan sekali gus menstabilkan semula harganya," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Kosmo! semalam melapor kan keluhan penduduk Kam pung Baru Pulau Redang yang perlu membeli gas memasak pada harga setinggi RM45 setong sejak lima tahun lalu.

Harga tong gas itu dikatakan melambung tinggi daripada harga kawalannya iaitu RM26.60 berikutan kos pengangkutan dan ketiadaan subsidi daripada kerajaan.

Rosol memberitahu, setakat ini, program Community Drumming di Pulau Redang berkenaan yang akan dilaksanakan secara rundingan terus.

No comments:

Post a Comment