Translate

Friday, March 27, 2026

Nelayan maut kemalangan nak balik rumah

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan maut selepas motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Duyong di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Shahrin Mohd., 33, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Shahrin dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Duyong Kecil di sini dari pusat bandar raya ini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda Beat dinaiki mangsa dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas merempuh penghadang jalan.

“Impak rempuhan menyebabkan mangsa terjatuh ke atas jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment