Translate

Monday, March 2, 2026

Cuma 0.1 peratus OKU jadi ahli koperasi

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menggalakkan lebih ramai orang kurang upaya (OKU) agar terlibat aktif dalam dalam koperasi bagi memperkasa lagi tahap ekonomi golongan berkenaan.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, setakat ini, hanya 863 daripada lebih 805,000 OKU berdaftar di negara ini menjadi ahli koperasi.

“Mereka menganggotai 25 koperasi OKU dengan syer berbayar RM0.23 juta serta meraih perolehan RM70,000 dan aset terkumpul RM1.76 juta.

“Ia masih terlalu sedikit iaitu hanya melibatkan kira-kira 0.1 peratus daripada populasi OKU di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Iftar bersama Warga Koperasi (OKU) di sini malam tadi.

Abdul Fattah berkata, koperasi OKU berpotensi tinggi untuk berkembang dengan empat daripada 25 yang aktif pada masa ini telah membentuk konsortium yang mendapat bimbingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Sehubungan itu, beliau mencadangkan lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan OKU membuka koperasi masing-masing.

“Penglibatan dalam koperasi membolehkan NGO berkenaan terlibat dalam aktiviti ekonomi sekaligus menjana ekonomi buat ahli.

“Angkasa dengan kerjasama SKM bersedia membantu mana-mana NGO OKU untuk memberi bimbingan perniagaan, khidmat nasihat tadbir urus pengoperasian koperasi dan memperluas jaringan pasaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment