Translate

Tuesday, March 10, 2026

1,250 keluarga terima bantuan

 

KUALA TERENGGANU – Yayasan Petronas menyantuni 1,250 keluarga kurang kemampuan (B40) seluruh Pantai Timur bagi menceriakan sambutan Aidilfitri yang bakal tiba. 

Pengurus Besar Petronas Wilayah Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, pemberian tersebut turut meliputi 450 keluarga yang terdiri daripada keluarga B40 di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang. 

“Ini adalah komitmen Yayasan Petronas untuk membantu meringankan beban golongan memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri. “

Harapan kami agar sumbangan ini dapat membawa kegembiraan kepada mereka pada hari mulia tidak lama lagi,” katanya pada program Memacu Kehidupan: Aidilfitri di sini kelmarin. 

Terdahulu, beliau menyaksikan penyampaian sumbangan berkenaan kepada penerima terpilih yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mohd. Azmi Mohamad Daham.

 Mohammad Ahmad Shazly berkata, setiap keluarga terbabit menerima pek perayaan mengandungi barangan keperluan seperti beras, bihun, gula, tepung, garam, kari ayam dalam tin, teh dan minuman coklat. 

Tambah beliau Yayasan Petronas turut menyumbang kacang tanah, biskut raya, beras pulut, santan kotak, pes rendang dan pes kuah kacang yang boleh dijadikan sajian pada pagi raya.

No comments:

Post a Comment