Translate

Monday, March 9, 2026

Hilang dalam perjalanan bercuti di Cameron Highlands, Ahmad Azreeq ditemui maut

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Satu mayat dipercayai seorang remaja berusia 19 tahun yang hilang sejak Khamis lalu dijumpai di Kampung Bukit Jeruk, di sini hari ini.

Mayat lelaki dipercayai Ahmad Azreeq Zafreen Ahmad Azhar, 19, ditemui bersama motosikalnya pada pukul 6.40 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Rozaime Ab. Rahim berkata, mayat tersebut telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut, di sini untuk tindakan lanjut dan pengecaman keluarga.

“Sebelum ini, Ahmad Azreeq yang dalam perjalanan untuk bercuti bersama keluarga ke Cameron Highlands, Pahang gagal dikesan dan dikhuatiri hilang pada pukul 11.30 malam, Khamis lalu.

“Sewaktu kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha R15 mengikut di belakang keluarganya yang menaiki kereta Proton Persona ke Cameron Highlands,” katanya di sini, hari ini.

Rozaime berkata, Ahmad Azreeq Zafreen gagal dikesan keluarganya selepas dikatakan berhenti di sebuah stesen minyak di Benting Lintang, di sini.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya percaya motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan lalu terbabas di lokasi mayatnya ditemui iaitu kira-kira tujuh kilometer dari stesen minyak terakhir dikunjunginya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment