Translate

Saturday, November 5, 2022

PRU15: Mohd. Khairuddin ke pusat penamaan dalam hujan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Penyandang kerusi Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali yang membuat kejutan bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus di sini pada pukul 9 pagi.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru tua iaitu warna rasmi BN diapit Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff.

Kedua-dua pemimpin utama UMNO Bahagian Kuala Nerus itu masing-masing menjadi pencadang dan penyokong pencalonan Mohd. Khairuddin yang sebelum ini merupakan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas.

Walaupun dalam keadaan hujan renyai, ia tidak mematahkan semangat kira-kira 1,000 penyokong BN yang lengkap berpakaian dan berpayung berwarna biru tua berarak mengiringi ketiga-tiga pemimpin tersebut ke pusat penamaan calon.

Mohd. Khairuddin menjadi calon kedua selepas Datuk Dr. Alias Razak dari Perikatan Nasional (PN) yang menghantar borang pencalonan bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada pukul 9.15 pagi. – KOSMO! ONLINE

 

No comments:

Post a Comment