Translate

Saturday, November 12, 2022

PRU15: Ahli Parlimen bukan budak sekolah – Abdul Hadi


Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempertahankan rekod buruk kehadiran ke Sidang Dewan Rakyat pada Penggal ke-14 lalu tidak boleh dianggap sebagai ponteng.

Beliau berkata, kehadiran ahli Parlimen ke Dewan Rakyat tidak boleh disamakan seperti kewajiban pelajar hadir ke sekolah.

“Kehadiran ke Parlimen bukan macam kehadiran ke sekolah. Itu orang tak faham, menteri-menteri bukan duduk tunggu sahaja.

“Kebiasaannya saya tidak hadir ke Dewan Rakyat kerana mempunyai urusan lain termasuk menjalankan tugas-tugas khas selaku Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah serta ahli Parlimen,” katanya ketika ditemui di Rusila di sini hari ini.

Terdahulu, Abdul Hadi didakwa mencatat rekod kehadiran antara terendah pada sidang Dewan Rakyat penggal lalu dengan hanya hadir 21 daripada 71 sesi.

Abdul Hadi menambah, ketidakhadiran beliau ke sidang Dewan Rakyat juga bagi memberi lebih ruang dan pengalaman kepada ahli Parlimen Pas lebih muda untuk menyertai sesi perbahasan.

Penyandang kerusi Parlimen Marang itu berkata, sebagai ahli parlimen veteran yang sudah berada di Dewan Rakyat sejak tahun 1990, beliau mahu memberi koutanya kepada wakil rakyat muda bagi melibatkan diri dalam perbahasan.

“Isu (kehadiran rendah beliau ke sidang Dewan Rakyat) yang dimainkan pihak lawan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini tidak akan menjejaskan saya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment