Translate

Wednesday, November 16, 2022

Kenyataan berbaur ekstrem Zul Huzaimy disiasat

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu mengesahkan menerima laporan berhubung kenyataan berbaur ekstrem oleh pelakon, Zul Huzaimy yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Kijal, Kemaman pada pukul 2.45 petang tadi.

“Laporan polis tersebut berhubung kenyataan artis (Zul Huzaimy) itu pada suatu program di Kemaman pada 4 November lalu.

“Pengadu ialah seorang peniaga lelaki berusia 40 tahun,” katanya di sini semalam.

Sehubungan itu, Rohaimi memberitahu kertas siasatan dibuka mengikut Sekyen 506 Kanun Keseksaan dan 505C akta sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman,” katanya.

Terdahulu Zul Huzaimy memohon maaf menerusi laman Instagranya gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Spark dalam filem Remp-It dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah politik di Kemaman pada 4 November lalu. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment