Translate

Sunday, November 6, 2022

PRU15: Ada lagi pemimpin BN didakwa mahu jadi calon PN

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang digugurkan sebagai calon didakwa menunjukkan berminat untuk bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa, mereka dalam proses untuk dinamakan sebelum hari penamaan calon pada lusa.

“Ada lagi pemimpin (BN) namun sedang dalam proses. Berapa kerusi tak boleh sebut lagi.

“Yang penting ada di utara, tengah dan selatan, nantilah tunggu nama calon hari Sabtu,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengumuman calon PN Terengganu di Rusila di sini sebentar tadi.

Terdahulu beliau mengumumkan dua pemimpin BN, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib akan menjadi calon PN pada PRU15.

Abdul Hadi yang juga Presiden Pas memberitahu Shahidan akan bertanding di Parlimen Arau manakala Ismail di Maran.

Sebelum ini beberapa pemimpin BN menunjukkan rasa tidak puas hati yang digugurkan pencalonan oleh pucuk pimpinan parti. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment