Translate

Thursday, November 10, 2022

Mahkamah: Penarik kereta rompak kedai emas dipenjara sembilan tahun

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Gara-gara merompak sebuah kedai emas tujuh tahun lalu, seorang penarik kereta dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan demikian selepas Muhammad Arif Ramli, 34, selepas mendapati tertuduh bersalah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merompak pelbagai jenis barangan kemas bernilai keseluruhan kira-kira RM70,000.

Muhammad Arif didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah kedai emas di Dataran Austin, Gong Badak, Kuala Nerus pada pukul 1 tengah hari, 13 Julai 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Majistret Nooriah menetapkan hukuman penjara dihadapi Muhammad Arif bermula dari tarikh dia ditangkap pada 23 Julai 2021. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment