Translate

Monday, November 7, 2022

PRU15: Bekas wakil rakyat BN calon PN Parlimen Besut

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Bekas Ahli Parlimen Setiu dari Barisan Nasional (BN), Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh akan menjadi calon Perikatan Nasional (PN) di kerusi Parlimen Besut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman tersebut dilakukan Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Rusila, Marang sebentar tadi.

Kerusi Parlimen Besut gagal dikuasai Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan Tan Sri Idris Jusoh daripada BN merupakan penyandangnya.

Che Mohamad Zulkifly yang kini menyertai Pas pernah menjadi Ahli Parlimen Setiu selama sepenggal pada tahun 2013 hingga 2018.

Bekas hakim itu kemudiannya digugurkan BN selepas itu sebelum bertindak meninggalkan UMNO untuk menyertai Pas selepas berakhirnya PRU14 pada tahun 2018.

Che Mohamad Zulkifly dijangka berhadapan pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru termasuk calon BN, Datuk Nawi Mohamad menggantikan Idris yang berundur. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment