Translate

Sunday, November 6, 2022

6,700 peniaga luar bandar tawar transaksi tanpa tunai

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Usaha kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai di kawasan luar bandar semakin menampakkan hasil apabila 6,700 peniaga menyertai Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Redi).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, penyertaan tersebut menghampiri sasaran 15,000 peniaga luar bandar menjelang akhir tahun ini.

“Kita menggalakkan transaksi tanpa tunai ditingkatkan dalam urusan jual beli di kawasan luar bandar menerusi aplikasi e-Dompet.

“Ia memberi banyak kelebihan kepada kedua-dua pihak peniaga dan pengguna,” katanya selepas melancarkan program Redi di Pasar Tani Kuala Ping di sini hari ini.

Seramai 30 peniaga pasar tani tersebut mendaftar dengan program Redi sekali gus mula menawarkan perkhidmatan transaksi tanpa tunai gerai jualan masing-masing.

Rosol berkata, pengguna luar bandar perlu didedahkan dengan penggunaan transaksi tanpa tunai yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Tambah beliau, transaksi sama juga memudahkan golongan peniaga mengemaskini akaun perniagaan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment