Translate

Sunday, November 6, 2022

PRU15: 118 kertas penamaan calon terjual di Terengganu































































































































































  • Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 118 borang penamaan calon telah dijual Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menjelang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) esok.

Menurut sumber, kebanyakan borang itu dibeli wakil empat blok parti dominan iaitu Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA).

Mereka akan bertanding di lapan kerusi Parlimen di negeri ini iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Setakat ini, kesemua kerusi Parlimen berkenaan dijangka bakal menyaksikan pertembungan sekurang-kurangnya empat penjuru apabila kesemua blok parti dominan telah mengumumkan calon masing-masing.

Sebelum Parlimen dibubarkan pada awal bulan lalu, Pas menguasai lima kerusi iaitu Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun.

Barisan Nasional, Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan bebas pula masing-masing mewakili satu kerusi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment