Dalam kejadian pada pukul 7.50 pagi itu, Noorulizaine Mat Noh, 35, yang baru melangsungkan perkahwinan pada Julai lalu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Ketika insiden, Noorulizaine memandu kereta Proton Iriz manakala suaminya, Mohd. Nor Kamarullah Mohd. Subha, 27, duduk di tempat penumpang hadapan.
Pemandu Proton Persona, Lim Mee Cin, 35, yang turut terlibat dalam kemalangan itu pula cedera.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Marang, Roslan Ibrahim berkata, sewaktu kejadian, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah di Kemasik, Kemaman dari kampung Noorulizaine di Taman Sakti, Manir, Kuala Terengganu.
Katanya, Mee Cin pula dalam perjalanan untuk menyertai Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu bersama rakan dan anak rakannya dari Chukai, Kemaman.
“Setiba di lokasi kejadian, kereta Proton Persona dipandu Mee Cin yang merupakan seorang guru tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh kereta Proton Iriz datang dari arah bertentangan.
“Rempuhan itu menyebabkan kereta Proton Iriz dinaiki suami isteri itu remuk teruk,” katanya semalam.
Menurutnya, mayat Noorulizaine kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu manakala suaminya dan Mee Cin juga dirawat di hospital sama.
No comments:
Post a Comment