Translate

Tuesday, September 12, 2017

Empat direman lima hari disyaki rasuah pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Tiga pengurus dan seorang pemandu kilang papan direman selama lima hari sehingga Sabtu ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes memberi rasuah kepada pegawai Jabatan Perhutanan baru-baru ini.

Perintah reman terhadap empat lelaki yang bekerja di tiga kilang papan berasingan tersebut dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Kuala Terengganu, Noradila Ab. Latif hari ini.
Sumber SPRM berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 29 hingga 62 tahun itu masing-masing disyaki memberi rasuah antara RM500 hingga RM1,000 kepada tiga pegawai Jabatan Perhutanan Terengganu dalam tiga insiden berasingan dari 23 Mei hingga 28 Ogos lalu.
Beliau berkata, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment