Translate

Sunday, September 17, 2017

Kursus pencegahan kebakaran untuk penghuni maahad tahfiz Terengganu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kesemua 47 sekolah pondok dan maahad tahfiz berdaftar di seluruh Terengganu akan diwajibkan untuk menjalani kursus pencegahan kebakaran anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri pada masa terdekat.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azlimin Md. Noor berkata, kursus yang dicadangkan diadakan di Akademi Bomba Terengganu, Wakaf Tapai, Marang tersebut bakal melibatkan sekurang-kurangnya 470 pelajar dan tenaga pengajar sekolah pondok dan maahad tahfiz terbabit.
"Kursus itu merupakan inisiatif Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu untuk memberi lebih kesedaran kepada penghuni sekolah pondok dan maahad tahfiz tersebut tentang kepentingan pencegahan kebakaran.
"Mereka juga menerima latihan asas langkah menyelamatkan diri sewaktu kebakaran dan mengendalikan alat pemadam api," katanya selepas mengadakan pemeriksaan keselamatan di Maahad Tahfiz Ar-Rahman, Kampung Paloh, Sungai Kiat di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment