Translate

Tuesday, September 12, 2017

10 lanun rampas kapal bawa diesel RM7 juta ditahan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Maritim Malaysia (APMM) mengagalkan tindakan sekumpulan 10 lanun dipercayai warga Indonesia untuk melarikan sebuah kapal dagang, MT MGT1 yang membawa 2.2 juta liter minyak diesel bernilai RM7 juta di perairan Terengganu dekat sini semalam.

Kapal tangki berasal dari Thailand membawa 14 kru yang dijadual membawa bahan api tersebut ke selatan tanah air berjaya dikesan semula oleh sepasukan penguat kuasa APMM pada kedudukan kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Yu Besar berhampiran Pulau Redang dekat sini pada 2.05 pagi.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, sebelum itu, kehilangan kapal dagang tersebut dikesan APMM Wilayah Timur selepas menerima maklumat daripada sistem identifikasi auto (AIS) pada pukul 5 petang kelmarin.

“Pasukan tindakan khas (PTK) APMM yang menaiki helikopter Agusta Westland 139 telah diarahkan untuk mengesan kedudukan kapal dagang yang telah dirampas kumpulan lanun itu.

“Kapal terbabit telah dijumpai bersama sebuah kapal tanpa identiti dan sebuah bot pancung disyaki milik lanun terbabit pada kedudukan 37 batu nautika timur laut Pulau Tenggol, Dungun pada pukul 2.05 pagi,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Daerah Kuala Terengganu di sini semalam.

Zulkifli berkata, kapal dagang berkenaan dapat ditawan APMM tidak lama kemudian namun bot pancung yang dipercayai dinaiki tiga lanun berjaya meloloskan diri.

“Pemeriksaan di dalam kapal dagang terbabit berjaya menahan 10 lanun berusia dalam lingku­ngan antara 40 hingga 50 tahun.

“APMM juga berjaya memberkas seorang lelaki warga Indonesia berusia 50-an yang dipercayai dalang utama kes rampasan kapal tangki terbabit di sebuah hotel di Johor Bahru, Johor pada pukul 12 tengah hari semalam,” katanya.

Zulkifli berkata, kesemua kru kapal MT MGT1 didapati dalam keadaan selamat dan tidak me­ngalami kecederaan.

“Kapal MT MGT1 bersama sebuah lagi kapal tanpa identiti kemudiannya diiringi oleh KM Langkawi ke Jeti Maritim Daerah Kuala Terengganu sebelum diserahkan kepada Unit Siasatan dan Forensik APMM untuk siasatan lanjut,” katanya.

No comments:

Post a Comment