Translate

Saturday, September 16, 2017

111 rumah dihiasi Jalur Gemilang, replika mini sempena sambutan Hari Kebangsaan

HULU TERENGGANU – Pekan Kuala Berang di sini meriah dengan warna-warni apabila penduduknya menghias rumah masing-masing sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60.

Pelbagai replika mini menarik seperti kereta kebal dan Menara Berkembar Petronas boleh ditemui di beberapa lokasi sekitar Kuala Berang sejak beberapa hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, program Syukurnya Negaraku Merdeka (Senyum) yang julung-julung kali dianjurkan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 1,000 penduduk.

Menurutnya, sebanyak 111 rumah dari 37 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Berang telah terpilih untuk memasuki peringkat akhir penjurian yang dilaksanakan semalam.

“Pertandingan ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dan rasa syukur terhadap keamanan negara dalam kalangan penduduk,” katanya selepas memantau proses penjurian di sini semalam.

Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri membe­ri­tahu, pemenang utama pertandingan itu bakal menerima sebuah kereta Proton Saga BLM, kereta Naza Bestari (tempat kedua) dan Inokom Atos (tempat ke­tiga).

No comments:

Post a Comment