Translate

Friday, April 1, 2016

Dua wanita didakwa lacur empat perempuan asing

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA LUMPUR - Dua wanita dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen berasingan di sini hari ini atas empat pertuduhan melacurkan perempuan warga asing pada pertengahan bulan ini.
Shen Nanfang yang merupakan warga negara China membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.
Manakala Vera, 32, dari Indonesia juga memohon untuk dibicarakan atas empat pertuduhan sama yang telah dibacakan di hadapan Hakim Sohaini Alias.
Berdasarkan pertuduhan, mereka masing-masing didakwa memperdagangkan Soot, 26, dari Myanmar; Miss Duong Prasan, 21 (Thailand) dan Hanny, 25, serta Elisa, 20, dari Indonesia untuk tujuan eksploitasi seks.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di 6-2A Blok 3, Jalan Metro Perdana Timur 2, Taman Usahawan Kepong di sini pada pukul 2.15 pagi, 13 Mac lalu.
Nanfang dan Vera didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment