4 September 2015 - Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais dilaporkan hilang dengan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja
5 September 2015 - Polis membuka kertas siasatan berhubung kehilangan Kevin dengan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang
6 September 2015 - Sebuah kereta yang nombor casisnya dikikis ditemui terbakar di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Samak, Hutan Melintang, Perak
8 September 2015 - Polis merakam percakapan beberapa individu termasuk adik Kevin iaitu Datuk Richard sebelum menafikan dakwaan mangsa diculik
9 September 2015 - Polis mengesahkan Kevin menjadi mangsa culik sekumpulan individu selepas melihat rakaman CCTV dari rumah mangsa menuju ke tempat kerjanya di Putrajaya
15 September 2015 - Polis menahan tujuh suspek di Pulau Pinang, Rawang dan sekitar Lembah Klang dipercayai terlibat dalam kes
penculikan mangsa
16 September 2015 - Salah seorang suspek membawa polis ke lokasi mayat Kevin dibuang di Jalan Subang 3, Subang Jaya sebelum mayatnya ditemui disimen di dalam sebuah tong dram
28 September 2015 - Enam lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan membunuh Kevin manakala dua lagi termasuk seorang bekas doktor tentera berpangkat kolonel, Dr. R. Kunaseegaran didakwa bersuhabat melakukan jenayah itu
17 Februari 2016 - Seorang daripada lapan tertuduh, A. Murugan, 44, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor selepas mengaku salah melupuskan nombor casis kenderaan mangsa
No comments:
Post a Comment