Translate

Tuesday, March 28, 2017

Terbunuh dilanggar kereta

MARANG – Seorang usahawan minyak rambut jenis pomade maut selepas motosikal Honda EX5 yang ditunggangi terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17.5, Jalan Kuala Berang berhampiran Dewan Sivik Binjai Rendah dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Iqbal Juzazwan Zaims Sharief, (gambar) 21, yang mengalami kecederaan parah pada kepala meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, sewaktu kejadian, Iqbal Juzazwan Zaims dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Geleguh Lama yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

“Mangsa dikatakan telah gagal mengawal motosikal yang di- tungganginya sebelum merempuh belakang sebuah kereta yang berada di hadapannya.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terseret bersama-sama motosikalnya sejauh beberapa meter,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment