Translate

Monday, April 15, 2024

Nelayan Vietnam cuba tangkap ikan sehari sebelum raya ditahan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Hasrat sekumpulan nelayan Vietnam mengambil kesempatan kesibukan umat Islam menyambut Aidilfitri untuk menceroboh perairan negara gagal apabila aktiviti mereka berjaya dikesan Maritim Malaysia (APMM) semalam.

Bot nelayan asing itu ditahan pada kedudukan 196.3 kilometer dari perairan Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd. Majid berkata, kapal peronda APMM yang sedang mengadakan rondaan telah terserempak dengan bot nelayan Vietnam terbabit.

“Pemeriksaan mendapati enam nelayan asing tersebut gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Mereka juga tidak mempunyai kebenaran untuk menangkap ikan daripada Jabatan Perikanan,” katanya di sini hari ini.

Khairulanuar berkata, APMM telah bertindak menyita bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan bekalan minyak diesel berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment