Translate

Friday, March 3, 2017

Azizulhasni, Siti Rahmah dinobat Olahragawan, Olahragawati Terengganu

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

ATLET pencak silat kebangsaan, Siti Rahmah Mohd. Nasir dinobat sebagai Olahragawati Terengganu 2016 pada majlis Anugerah Sukan Negeri di Stadium Tertutup Sultan Mizan, Gong Badak, Kuala Nerus malam kelmarin.

Pemilihannya pada majlis anugerah dwitahunan tersebut berdasarkan ke­cemerlangan anak jati Kuala Terengganu itu meraih pingat emas dalam Kejohanan Pencak Silat Dunia 2016, Pencak Silat ASEAN 2015 dan Sukan SEA 2015.

Atlet berbasikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang pula sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan Terengganu buat lima edisi berturut-turut sejak tahun 2008.

Pemenang pingat gangsa acara keirin Sukan ?Olimpik Rio tersebut yang kini menjalani latihan intensif di Australia diwakili ibunya, Selamiah Yong.

Sementara itu, Siti Rahmah, 30, berkata, dia tidak me­nyangka menerima peng­iktirafan tersebut meskipun pernah tersenarai sebagai calon akhir pada beberapa edisi sebelum ini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana anugerah Olahragawati Terengganu merupakan antara pengiktirafan terbesar yang pernah saya terima sejak bergelar pesilat kebangsaan pada tahun 2008.

“Sudah pasti ia menjadi perangsang untuk saya mengekalkan kecemerla­ngan terutama pada Sukan SEA 2017 pada Ogos depan dan Sukan Asia 2018,” katanya semalam.

Siti Rahmah mene­rima anugerah tersebut daripada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman.

Selaku Olahragawati Terengganu 2016, Siti Rahmah menerima ganjaran piala pusingan dan iringan, wang tunai RM7,000, sehelai blazer dan sijil kepujian.

No comments:

Post a Comment