Oleh WARTAWAN KOSMO!
PETALING JAYA - Mahal dan membebankan. Itu rungutan orang ramai termasuk golongan peniaga apabila harga minyak masak 5 kilogram (kg) mengalami peningkatan mendadak antara RM33 sehingga RM35 sebotol bergantung kepada jenama sejak bulan lalu.
Rata-rata mereka menyifatkan kenaikan harga antara RM4 hingga RM7 itu membebankan pengguna terutamanya mereka yang mengusahakan perniagaan menjual makanan.
Harga minyak masak 5kg mengalami peningkatan mendadak berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah di pasaran global.
Sementara itu, di Alor Setar, seorang peniaga kedai runcit, La tifah Ghani, 49, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan pembekal berkaitan kenaikan harga minyak botol pada bulan lalu.
"Dahulu kami hanya jual minyak masak jenama Saji pada pilihan untuk membeli miny harga RM26.50 tetapi sekarang terpaksa jual RM29.50 walaupun hanya memperoleh untung RM1 sebotol.
"Kami hanya dimaklumkan pembekal punca kenaikan kerana minyak mentah mahal," ka tanya di sini semalam.
Salah seorang pengguna, Mohd. Badrul Hafiz, 26, berkata, kerajaan perlu bertindak segera bagi memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak masak tersebut.
"Sebelum ini, saya membeli sebotol minyak masak 5kg pada harga sekitar RM23, namun sekarang ia sudah melambung sehingga RM31.10 bagi jenama sama.
"Rakyat diminta duduk di rumah ketika PKP menyebabkan penggunaan keperluan meningkat," katanya.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli masak bersubsidi pada harga
RM2.50 sebungkus yang memiliki kualiti sama seperti minyak masak yang dibotol.
Katanya, kerajaan telah memperuntukkan 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi dalam bentuk bungkusan 1kg setiap bulan bagi keperluan pengguna.
"Bekalan ini mencukupi untuk menampung keperluan lebih 32 juta rakyat Malaysia.
"Kita telah membuat kajian secara puratanya setiap isi rumah negara ini menggunakan kira-kira 1.8kg minyak masak sebulan," katanya di sini semalam.
Jelasnya, berdasarkan pemerhatian, bungkusan minyak masak bersubsidi mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara.
"Jika bekalan minyak masak bersubsidi tiada atau harga melebihi RM2.50 sebungkus, maklumkan segera kepada KPDNHEP katanya
No comments:
Post a Comment