Translate

Saturday, June 5, 2021

Terima kasih penjawat awam - PM

PETALING JAYA Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yas sin mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas sumbangan yang diberikan bagimembantu negara menangani pandemik Covid 19.

Muhyiddin dalam satu hantaran di Facebook semalam berkata, sumbangam melalui potongan Imbuhan Tetap Keralan (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) itu merupakan satu bentuk solidariti yang mencermin kan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan petugas barisan hadapan memerangi Covid-19.

"Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan frontliners yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik Covid-19. "Terima kasih yang tidak ter hingga juga kepada semua kaki tangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun mengu ruskan pandemik Covid-19 ini," katanya.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki All mengumumkan penjawat awam ke Tabung Covid 19 negeri akan menyumbangkan sebahagian daripada elaun selama tiga ta, sumbangan melalul potongan bulan kepada Akaun Amanah Bencana Covid-19 bagi memban tu menangani wabak tersebut.

Di Pulau Pinang. Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, Majlis Mesyuarat Kera Jaan (MMK) negeri memutuskanagar barisan Exconya menyumbangkan gaji bulan Jun kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang sebagai tanda solidariti. 

"la akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Terengganu, inisiatif sama turut dilakukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang bersetuju untuk memotong gaji mereka selama sebulan bagi disalurkan ke Tabung Covid-19 negeri.

"Penjawat awam negeri itu turut menyumbang ke dalam tabung berkenaan menerusi pemotongan elaun.

 "Kerajaan negeri turut mengumumkan program Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu 30 (Berkat 30) bernilai RM6.4 juta bagi mengurangkan impak sosio

ekonomi rakyat negeri ini yang terkesan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai semalam (kelmarin)," ujar beliau.

Di Kelantan pula, Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu ber setuju memberi sumbangan masing- masing ke Tabung Serambi Mekah untuk tujuan sama.

No comments:

Post a Comment