Translate

Saturday, June 12, 2021

Vaksin satu dos untuk masyarakat Orang Asli

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kementerian Pembangunan Luar Bandar berharap vaksin satu dos akan digunakan untuk program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) melibatkan komuniti Orang Asli.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pemberian vaksin yang hanya memerlukan satu suntikan seperti CanSino bukan sahaja praktikal kepada masyarakat Orang Asli malah lebih menjimatkan kos logistik penghantaran.

Beliau berkata, cadangan vaksin satu dos Covid-19 terhadap masyarakat Orang Asli antara kaedah sedang dipertimbangkan Menteri Penyelaras Vaksin, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Vaksin jenis CanSino hanya memerlukan satu dos. Ini kaedah boleh digunakan untuk masyarakat Orang Asli agar mereka tidak perlu datang perlu kali kedua.

“Kebanyakan penempatan mereka terletak di pedalaman memerlukan penggunaan helikopter bagi penghantaran vaksin yang membabitkan kos tinggi,” katanya selepas menyerahkan bakul makanan kepada 136 keluarga Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Rahman mengakui kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap kepentingan vaksin Covid-19 masih amat rendah.

Ujar beliau, setakat ini, hanya kira-kira 12.5 peratus daripada 120,000 individu dewasa Orang Asli di negara ini menyatakan persetujuan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 secara sukarela. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment