Translate

Saturday, June 12, 2021

Bekalan minyak masak bersubisidi mencukupi

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memberi jaminan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran mencukupi bagi mengimbangi kenaikan mendadak minyak masak lima kilogram pada masa ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli minyak masak bersubsidi pada harga RM2.50 sebungkus yang memiliki kualiti sama seperti minyak masak yang dibotol.

Beliau berkata, kerajaan telah memperuntukkan 60,000 metrik tan minyak masak bersubsidi dalam bentuk bungkusan satu kg pada setiap bulan bagi keperluan pengguna.

“Bekalan (60,000 metrik tan sebulan) ini mencukupi untuk menampung keperluan lebih 32 juta rakyat Malaysia.

“Kita telah membuat kajian secara puratanya setiap isi rumah (negara ini) menggunakan kira-kira 1.8 kg minyak masak sebulan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Terdahulu harga minyak masak lima kilogram mengalami peningkatan mendadak sehingga RM35 sebotol berikutan kenaikan harga minyak sawit mentah di pasaran global.

Beliau memberitahu, berdasarkan pemeriksaan berkala KPDNHEP, bungkusan minyak masak bersubsidi mudah didapati di pasar raya dan kedai runcit di seluruh negara. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment