Translate

Sunday, June 13, 2021

Buruh Indonesia mengaku rogol jiran

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Seorang buruh warga Indonesia di hadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan iaitu memperkosa jirannya yang juga seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan menipu seorang pegawai polis pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Rasul Jiwang, 59, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja kedua-dua per tuduhan itu dibacakan di hada pan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, lelaki terbabit didakwa merogol mangsa yang berumur 16 tahun sewaktu kejadian di sebuah rumah di daerah ini di antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari pada Februari 2019.

Dia didakwa mengikut Sek syen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku man penjara maksimum 20 ta hun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu seorang pegawai polis dengan menyamar sebagai Abu Bakar Kamat di lokasi sama pukul 10.40 malam pada 30 Mac 2019. 

Lelaki warga asing terbabit didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit ke salahan.

Hakim Nooriah kemudian menetapkan tarikh jatuh hukum pada 6 Julai depan sebaik pe ngakuan direkodkan.

Beliau juga tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh adalah warga asing. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam

No comments:

Post a Comment