Translate

Monday, June 7, 2021

Buruh Indonesia mengaku rogol jiran, tipu polis

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan memperkosa jirannya yang juga remaja perempuan berusia 16 tahun dan menipu seorang pegawai polis pada dua tahun lalu.

Tertuduh, Rasul Jiwang, 59, membuat pengakuan bersalah sebaik kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berumur 16 tahun sewaktu kejadian di sebuah rumah di daerah ini antara pukul 10 pagi hingga 12 tengah hari pada Februari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, Rasul didakwa menipu seorang pegawai polis dengan menyamar sebagai Abu Bakar Kamat di lokasi sama pada pukul 10.40 malam, 30 Mac 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim Nooriah menetapkan tarikh jatuh hukum pada 6 Julai depan sebaik pengakuan direkodkan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment