Translate

Saturday, June 26, 2021

Anak reda ayah pergi menyusuli ibu

 

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Jusoh Muda, 82, yang melecur teruk akibat kebakaran rumahnya yang turut mengorbankan isteri nya pada Isnin lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Lelaki warga emas tersebut menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi hospital itu pada pukul 6.31 pagi.

Anak ketujuh Allahyarham. Junaidi, 51, berkata, dia menerima berita sedih itu menerusi anak saudaranya yang meng hubunginya.

"Sepanjang berada di hospital, arwah ayah sedar tetapi keada annya agak kritikal dan peluang nya untuk pulih 50-50 (peratus). "Oleh kerana prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan lawatan, kami 11 beradik mengambil inisiatif berhubung dengan arwah ayah menerusi panggilan video," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Losong Haji Su di sini semalam.

Junaidi berkata, sepanjang sesi panggilan video tersebut, ayahnya yang mengalami kesukaran bernafas kerana telah terhidu asap kebakaran tidak ba nyak bercakap tetapi memahami percakapan dia adik-beradik.

Ujarnya, mereka cuba memberi semangat kepada ayahnya yang sudah pasti dalam kesedi- kan Fatimah meninggal dunia, han kerana kehilangan ibu mereka dalam kebakaran berkenaan.

"Ayah sedih ibu tiada, apakan daya. Allah lebih menyayangi arwah dan kami reda dengan pemergian ini selepas tiga hari ke hilangan arwah ibu," katanya.

Jenazah Jusoh selamat dikebumikan berhampiran pusara isterinya, Fatimah Mohd. di Tanah Perkuburan Islam Makam Lama di sini pada pukul 11 pagi.

Kosmo! Isnin lalu melapor  Fatimah meninggal dunia manakala Jusoh pula melecur ka dalam kejadian kebakaran pada bahagian kaki dan badan selepas rumah yang mereka di ami musnah dalam kebakaran pada pukul 10.35 pagi.

Fatimah yang uzur itu sempat menghubungi anak perempuan nya, Zailah untuk meminta pers tolongan akibat kebakaran itu.

No comments:

Post a Comment