Translate

Sunday, June 6, 2021

Pemandu teksi Kuala Nerus terkesan dibantu

 


BANTUAN. Seramai 60 pemandu teksi Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, Terengganumenerima sumbangan daripada Pejabat Khidmat Parlimen Kuala Nerus baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Pemilik Teksi Melayu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Rustam Mokhtar berkata, bantuan berupa wang tunai dan barangan keperluan itu disampaikan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali. 

Beliau berkata, sumbangan tersebut bertujuan meringankan beban pemandu teksi lapangan terbang berkenaan yang terjejas teruk berikutan penularan pandemik Covid-19 sejak tahun lalu.

"Pusat Khidmat Parlimen Kuala Nerus juga telah bermurah hati untuk menyumbang bekalan beras dan minyak masak secara bulanan kepada pemandu teksi lapangan terbang itu," katanya.

No comments:

Post a Comment