Translate

Wednesday, June 16, 2021

'Kami dikecam, disisih kerana Covid-19'

Oleh MOHD.AZLI ADLAN dan NOOR HAYATI MAMAT

KUALA TERENGGANU - Keluarga bekas pesakit Covid-19 yang mencetuskan Kluster Matang iaitu kluster terbesar di daerah Hulu Terengganu mengakui perit apabila dipandang serong masyarakat.

Salah seorang ahli keluarganya, Mohd. Adli Mohamad berkata, kecaman segelintir masyarakat yang menyalahkan mereka sebagal punca 127 individu di empat perkampungan di Hulu Terengganu dijangkiti wabak itu amat memedihkan dan lebih menyakitkan daripada kesakitan melawan Covid-19.

"Sewaktu sebahagian besar daripada 48 ahli keluarga kami termasuk tiga kritikal sebelum ini sembuh, segelintir masyarakat masih lagi menghukum.

"Sampaikan kehadiran kami untuk membeli barang keperluan di kedai (di Kampung Matang) tidak dilayan. Terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa untuk membenarkan ke kawasan lain agak jauh (untuk mendapat ba rang keperluan)," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Walaupun berkecil hati, Mohd. Adli berkata, dia tidak menyalahkan penduduk kampung sepenuhnya sebaliknya menganggap layanan dingin tersebut berpunca daripada salah faham mereka terhadap wabak tersebut.

Begitupun, penjawat awam tersebut berharap kemarahan masyarakat setempat akan reda sekali gus menerima semula ke luarganya akan suatu hari nanti.

"Ia ujian bagi kami sekeluarga. Apa pun mohon ampun dan maaf kepada seluruh masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri Telemong.

"Apa yang terjadi bukan di sengajakan, jauh sekali untuk menyakiti dan menjangkiti sesiapa," katanya.

Mengimbas kembali punca jangkitan, Mohd Adli mem beritahu, ia bermula dengan kepulangan abang iparnya yang melawat isterinya yang sedang berpantang di Kampung Matang pada bulan Ramadan lalu

"Entah bagaimana dia kemudian disahkan positif sebelum merebak terhadap 48 ahli keluarga lain termasuk saya.

"Mungkin ada kecuaian dalam pergaulan hingga ramai ahli keluarga dijangkiti Covid 19," katanya

No comments:

Post a Comment