Translate

Friday, June 25, 2021

Lelaki didakwa hina pemimpin negara

 

KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pembantu pentadbir dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menghina pemim pin negara dan tokoh agama di media sosial, lapan bulan lalu.

Tertuduh, Ahmad Farhan Mohd., 39, membuat pe ngakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hada pan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menghantar komen jelik dengan niat meng ganggu dan menyakitkan hati menerusi akaun Facebook, Farhan Hazard.

Dia didakwa membuat hantaran komen di kumpulan Face book Gabungan Anak Tereng ganu di sekitar bandar raya Kuala Terengganu pada pukul 5 petang, 20 November 2020.

Ahmad Farhan didakwa mengikut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mul timedia Malaysia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu ta hun atau kedua-duanya jika sa bit kesalahan.

Hakim Nooriah membenarkan tertuduh dibebaskan den gan wang jaminan RM5,000 dan seorang penjamin.

Beliau juga memerintahkan Ahmad Farhan melapor din di Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus pada setiap bulan selain menetapkan sebutan semula kes pada 12 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, sebuah video berdurasi sembilan minit empat saat yang menghina agama Islam dan orang Melayu tular.

Lelaki berkenaan juga membuat kenyataan jelek terhadap Menteri Jabatan Perdana Men teri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohammad Al Bakri dan beberapa yang lain.

No comments:

Post a Comment