Translate

Saturday, June 12, 2021

Lembu tak laku

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN, ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN, MUHAMMAD AYMAN GHAFFA dan NUR ANATI JUHARI

KUALA NERUS – Penternak lembu di seluruh negeri terus dihimpit resah mengenangkan haiwan peliharaan yang dibela menggunakan modal besar tidak laku ketika Aidiladha tinggal enam minggu sahaja lagi untuk diraikan. 

Lebih teruk, rata-rata peniaga yang ditemui mengakui mereka kini ‘terduduk’ dengan situasi tersebut apabila kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang prosedur operasi standard (SOP) mengenai ibadah korban yang sinonim de­ngan sambutan Aidil­adha setiap tahun. 

Ia mengakibatkan orang ramai mengambil langkah tunggu dan lihat mengenai keadaan semasa Covid-19 kerana enggan mengeluarkan wang tempahan lebih awal sekiranya ada arahan tidak membenarkan mereka bergotong-royong melaksanakan ibadah korban.

Seorang penternak lembu di Kampung Gong Lingai di sini, Za karia Mamat, 55, berkata, setakat semalam, 50 ekor lembu miliknya masih belum terjual walau seekor dan keadaan itu berbeza sebelum ini apabila tempahan lembu korban diterima seminggu selepas sambutan Aidilfitri.

"Ramai masih ragu-ragu kerana tiada kepastian mengenal kebenaran melakukan ibadah korban," katanya ketika ditemui kosmo!

Ahmad Mustapha, 31, pula berkata, setakat ini, dia hanya menerima lima tempahan daripada 60 ekor lembu yang diternaknya.

"Kes Covid-19 masih tinggi mungkin Perintah Kawalan Per gerakan (PKP) Penuh akan berlan-jutan. Harga lembu pula melonjak kepada lebih RM4,900 seekor dan satu bahagian sudah cecah RM750 iaitu kenaikan RM100 berbanding tahun lepas," katanya.

Sementara itu di Bentong, Pahang, Zainul Zaman Mahalim, 58, memberitahu, dia enggan menjual lembu peliharaannya kerana permintaan menjunam sejak tahun lalu. "Tahun lepas dapat jual 15 ekor sahaja berbanding 70 ekor sebelum ini.

"Jika jual pun, siapa mahu ambil dan hantar? Lagipun Bentong dalam kawasan PKP Diperketatkan," katanya ketika ditemui di Kampung Lebu.

Zainul Zaman mendakwa, penternak ketika ini berdepan cabaran besar kerana bergelut dengan pandemik, kos makanan lembu yang semakin meningka, kecurian dan penyakit.

Di Kampung Paloh Chica, Tumpat, Kelantan, Nor Musta qim Zulbahrin, 23, pula bimbang sekiranya modal RM100,000 yang digunakan untuk membeli 40 ekor lembu lebur sekiranya negara masih tidak menunjukkan tan da tanda pulih daripada Covid-19.

"Saya ternak lembu yang dibeli di Jeli dan Gua Musang sejak dua bulan lalu di kandang seluas 04 hektar. Ada 20 ekor yang telah ditempah, namun RM1,000 baru dibayar sebagal deposit.

"Jika tiada korban, saya akan tanggung rugi dan deposit dipulangkan. Saya jual antara RM3,800 hingga RM5,000 seekor,"katanya.

Katanya, penternak tidak boleh menyimpan lembu tidak dijual kerana akan melibatkan modal lebih besar untuk membeli dedak.

"Tidak dapat tidak, kami perlu jual juga," katanya.

 Seorang lagi penternak, Khairul Afendi Mohd. 32, berkata, penternak terpaksa menanggung kos tambahan jika lembu disembelih di rumah sembihan.

"Ia melibatkan kos tukang sembelih, permit RM21 seekor dan pengangkutan untuk agihan. Kami kena serap asalkan ibadah korban dapat dilaksanakan," katanya.

Di Kuala Nerang, Kedah, Abdul Hadi Yusof, 36,berkata, hanya lima daripada 150 ekor lembu dijual ketika ini.

"Ramal tidak berani PKP Penuh mungkin disambung dan SOP ibadah korban belum dikeluarkan.Ketika ini satu bahagian cecah RM800 naik RM150 berbanding tahun lepas kerana semua kos naik termasuk import dari Thailand dan Australia.

Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Kedah, Mohd. Yusri Md. Daud berkata, ketetapan ibadah korban dibuat selepas prosedur operasi standard daripada Majlis  Keselamatan Negara dikeluarkan.










No comments:

Post a Comment