Translate

Monday, June 14, 2021

Lapan lembu mati dipanah petir

 

Oleh MOHD.AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Seorang penternak kerugian RM15,000 selepas lapan ekor lembu peliharaan mati serentak dipercayal akibat dipanah petir di sebuah kebun kelapa sawit di Tanjung Binjai di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, kesemua lembu berusia antara satu hingga enam tahun tersebut dipercayal se 

dang berlindung daripada hujan lebat di bawah sebatang pokok kelapa sawit di kebun tersebut.

Penternak lembu terbabit, Zakaria Mamat, 55 berkata, insiden yang mengorbankan lembu peliharaannya telah dimaklumkan salah seorang rakan penternak lain menerusi panggilan telefon.

"Sewaktu dimaklumkan, saya baru selesai mengait buah kelapa sawit di kebun berhampiran.

"Saya terus bergegas selepas hujan reda pada pukul 5 petang (kelmarin) sebelum melihat lapan lembu saya mati bergelimpangan di bawah pokok kelapa sawit tersebut," katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian di sini semalam.

Zakaria yang menetap di Kampung Gong Lingai di sini berkata, dia percaya lembu peliharaannya itu mati dipanah petir berdasarkan kesan pada pokok kelapa sawit tersebut.

Dia berkata, sewaktu ditemui, kesemua lembu peliharaan men galami pendarahan pada hidung serta mulut berbuih dipercayai organ dalamannya cedera. 

"Saya telah menanam bangkai menggunakan jentolak tidak jauh dari lokasi dipanah petir  pukul 8.30 malam (kelmarin).

"Ini kali pertama saya kehilangan lembu peliharaan akibat mati dipanah petir sejak 38 tahun menjadi penternak," katanya.

Zakaria berkata, kehilangan lapan lembu tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk menternak lagi baki hampir 40 ekor haiwan ternakan itu.

No comments:

Post a Comment