Translate

Wednesday, June 30, 2021

Tujuh lelaki berjudi daun terup dalam semak ditahan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Keasyikan tujuh lelaki berjudi di kawasan semak terbantut apabila mereka diserbu di Kampung Kubang Ikan, Kampung Raja dekat sini semalam.

Mereka berusia antara 44 hingga 61 tahun yang bermain judi daun terup itu ditahan dalam serbuan pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, soal siasat awal mendapati kesemua suspek mengaku kerap berkumpul di kawasan semak itu untuk bermain judi daun terup sejak dua minggu lalu.

“Serbuan berjaya merampas 52 keping daun terup dan wang tunai bernilai keseluruhan RM1,739 yang dipercayai digunakan untuk aktiviti judi itu.

“Ketujuh-tujuh suspek yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikompaun RM1,500 setiap seorang,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Tambah beliau, mereka juga disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya jika disabit kesalahan. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment