Translate

Wednesday, June 23, 2021

Kedai fotokopi, alat tulis dipertimbang untuk beroperasi

 HULU TERENGGANU-Kerajaan sedang mempertimbangkan un tuk membenarkan kedal fotokopi dan alat tulis kembali beroperasi pada tempoh pelaksanaan Pe rintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, kementeriannya telah menyuarakan permohonan tersebut kepada Majlis Ke selamatan Negara (MKN) pada Jumaat lalu.

"Saya difahamkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mengemukakan permohonan sama kepada MKN.

"Kita sedar rungutan ramal ibu bapa tentang penutupan kedai alat tulis dan fotokopi se dangkan ia amat perlu untuk anak-anak mereka yang sedang menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR), katanya selepas menyantuni ang gota keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Kampung Tajin di sini semalam.

Rosol berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN HEP) secara dasarnya bersetuju dengan pembukaan semula kedai alat tulis dan fotokopi ini.

Justeru, beliau berkeyakinan permohonan pembukaan semula premis berkenaan akan diputus kan MKN dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kedai alat tulis dan fotokopi ditutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKP Penuh mulai 1 Jun lalu selepas tidak tersenarai di dalam sektor perniagaan penting yang dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, ia telah menimbulkan rungutan dalam kalangan ibu bapa yang tidak da pat membeli alat tulis dan mem buat salinan kerja sekolah bagi anak-anak yang mengikuti PdPR di rumah.

No comments:

Post a Comment