Bagimanapun, kawasan riadah itu kini semakin sepi ekoran persekitarannya agak tidak terurus selain beberapa kemudahan yang terdapat di taman itu rosak.
Seorang penduduk, Norhayati Hamdan, 37, berkata, sebelum ini, dia sering membawa anak-anaknya beriadah di taman rekreasi itu terutama pada hujung minggu.
“Sekarang kami tidak lagi kerap berkunjung ke taman rekreasi itu kerana keadaannya yang tidak terjaga.
“Perahu yang menghiasi taman itu kini dibiarkan mereput dan mendatangkan risiko keselamatan kepada anak-anak,” katanya kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment