Translate

Monday, June 5, 2017

Nelayan Myanmar maut dihempap roda penarik pukat

BESUT - Seorang nelayan warga Myanmar maut selepas dihempap roda penarik pukat yang diperbuat daripada besi sewaktu sedang menangkap ikan di perairan Besut berhampiran Pulau Perhentian dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, Kak La, 20, maut serta-merta akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian, Kak La sedang melakukan kerja-kerja menarik pukat bersama beberapa awak-awak lain di dalam bot nelayan tersebut.
"Roda penarik pukat berkenaan yang diperbuat daripada besi itu tiba-tiba telah terkeluar dari kedudukannya lalu terpelanting menghempap kepala mangsa sekali gus menyebabkan kematiannya.
"Tekong bot nelayan terbabit yang merupakan seorang lelaki warga Thailand berusia 56 tahun kemudiannya telah memaklumkan kejadian itu kepada pengurus bot yang berada di Kampung Pachakan, Kuala Besut," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment