Translate

Monday, June 5, 2017

Layak dapat tanah

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN – Kerajaan negeri berhasrat untuk mengagihkan lot tanah kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan sebagai galakan untuk memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, rumah yang bakal dibina bergantung kepada kemampuan penerima manakala kerajaan akan menyediakan infrastruktur seperti jalan, longkang dan lampu jalan.

Antara syarat yang akan dikenakan terhadap pemohon ialah anak jati Terengganu, berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah atau tanah sendiri.
Beliau berkata, walaupun menerima banyak permintaan da­ripada rakyat bagi pembinaan rumah baharu, kerajaan negeri Terengganu hanya mampu untuk membina rumah di bawah 1,000 meter persegi.

“Rumah berkeluasan kecil seperti itu tidak menepati matlamat kita untuk menggalakkan lebih kelahiran dalam kalangan rakyat Terengganu yang kini hanya berjumlah kira-kira 1.15 juta.

“Oleh itu, kerajaan negeri berhasrat untuk memberi lot tanah bagi membolehkan rakyat memiliki rumah yang lebih selesa,” katanya selepas menyam­paikan bantuan Tabung Amanah Masyarakat  Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Cheneh dekat sini semalam.

Menurut Ahmad Razif, kerajaan akan bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad, Perumahan Rakyat 1Malaysia dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia bagi pembinaan rumah di atas lot tanah berkenaan.

“Kerajaan negeri juga akan membantu memberi bantuan kewangan kepada mereka yang mempunyai masalah mendapatkan kelulusan pinjaman bank,” katanya.

No comments:

Post a Comment