Translate

Wednesday, June 7, 2017

Jual telekung tiruan untuk cari duit raya

KUALA TERENGGANU – Perbuatan seorang wanita berketurunan Kemboja mahu mencari duit raya dengan menjual telekung tiruan jenama Siti Khadijah terbongkar selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah rumah di Kampung Bukit Besar, Jalan Pasir Panjang di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 2.15 petang itu, pemeriksaan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di dalam rumah tersebut menjumpai tiga kotak berisi 100 helai telekung jenama Siti Khadijah tiruan bernilai kira-kira RM12,000.

Pengarah KPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samad berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas menerima aduan daripada syarikat Apparel Sdn. Bhd. yang merupakan pemilik cap dagang Siti Khadijah.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu telah menghantar contoh telekung Siti Khadijah asli ke Vietnam bagi menghasilkan produk tiruan tersebut.

“Telekung tiruan yang menggunakan label Siti Khadijah ini kemudiannya dijual di pasar-pasar malam sekitar bandar raya ini sejak sebulan lalu,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDNKK negeri di sini semalam.
Azlan memberitahu, telekung tiruan itu dijual pada harga RM120 sehelai berbanding produk asli yang berharga mencecah RM250.

Katanya, KPDNKK percaya wanita terbabit telah menjual banyak telekung tiruan jenama itu di pasar-pasar malam sejak sebulan lalu dan 100 helai yang dirampas tersebut hanya stok yang masih tinggal di rumah wanita berkenaan.

No comments:

Post a Comment