Translate

Tuesday, May 3, 2016

Sindiket curi kenderaan pacuan empat roda tumpas

KUALA TERENGGANU - Sebuah sindiket yang menyasarkan kenderaan pacuan empat roda dipercayai untuk diseludup ke negara jiran berjaya ditumpaskan polis semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, polis telah berjaya mengesab sebuah kenderaan Mitsubishi Storm yang dicuri sindiket yang dianggotai tiga lelaki itu di Permaisuri, Setiu dekat sini pada pukul 3 petang.
"Dua jam setengah sebelum itu, kesemua suspek termasuk dua lelaki warga Thailand telah melarikan kenderaan milik seorang pekebun itu yang diletakkan di tepi jalan berhampiran sebuah restoran makanan segera di Batu Burok di sini.
"Seorang lelaki warga tempatan berusia 30 tahun berjaya ditahan manakala dua lagi anggota sindiket terbabit yang merupakan warga asing masih diburu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment