Translate

Wednesday, May 4, 2016

Pusat perjudian atas talian Jertih lumpuh

KUALA TERENGGANU - Sebuah pusat perjudian atas talian yang berselindung di sebalik kafe siber berjaya dilumpuhkan di Jertih, Besut dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd. Aziz Wan Hamzah berkata, serbuan pada pukul 12.35 tengah malam itu berjaya menahan empat lelaki termasuk pemilik premis, juruwang dan dua lelaki dipercayai pelanggan yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 41 tahun.
Beliau berkata, sewaktu ditahan, salah seorang daripada pelanggan terbabit sedang asyik bermain '12 Win Casino' yang dipercayai merupakan sebuah permainan perjudian atas talian.
"Pemeriksaan polis juga turut menjumpai buku catatan pertaruhan dan dua resit deposit wang masing-masing berjumlah RM7,000 dan RM1,270," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment