Translate

Monday, May 2, 2016

Benitez beri impak positif buat Newcastle

NEWCASTLE – Pemain tengah Newcastle United, Vurnon Anita memuji pengurus baharu pasukan itu, Rafa Benitez yang disifatkan telah berjaya memberi impak positif terha- dap kelab tersebut.

Walaupun skuad The Magpies itu gagal meraih sebarang kemenangan dalam empat perlawanan terawal yang dikendalikan Benitez, pasu- kan tersebut dilihat berjaya keluar daripada zon penyingkiran liga.

Harapan Newcastle untuk terselamat daripada penyingkiran tercapai apabila mereka berjaya menewaskan Swansea City 3-0 serta seri 1-1 dengan Machester City di St. James Park.

Hari ini, Newcastle bakal berkunjung ke Anfield untuk menentang Liverpool dan hanya ketinggalan dua mata di belakang Norwich City yang kini berada di tangga ke-17.

Sehubungan itu, Anita memuji strategi Benitez untuk menghadapi Liverpool bagi memastikan Newcastle meraih semula kekuatan sebenar sebelum era kejatuhan.

“Benitez telah memberi arahan yang jelas kepada semua pemain dan ia membuatkan kami semakin teratur. Hasilnya dapat dilihat menerusi dua perlawanan terakhir dan ia amat bagus.

“Kita sedia maklum, Benitez biasa melatih kelabkelab besar dan dia tahu apa yang perlu dilakukan. Kami telah berjaya melakukannya,” ujar pemain
kelahiran Belanda itu.

“Benitez juga sangat positif dan tidak pernah pura-pura. Sangat jelas, dia mahu kami menang setiap perlawanan yang masih ada untuk ke- luar daripada zon penyingkiran,” tambah Anita. - Agensi

No comments:

Post a Comment