Translate

Monday, November 15, 2021

Program Jihad Dadah 2.0 tahan 607 penagih dadah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Program Jihad Dadah 2.0 yang dilaksanakan sejak sebulan lalu berjaya menahan 607 penagih dan pengedar bahan terlarang itu di seluruh Terengganu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kesemua suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah tersebut berusia dalam lingkungan 13 hingga 71 tahun.

Beliau berkata, kebanyakan suspek terbabit terdiri dalam kalangan buruh, penganggur dan nelayan.

“Seramai 415 suspek yang berjaya ditahan sepanjang program Jihad Dadah 2.0 sejak 14 Oktober lalu dikesan sebagai penagih dadah berulang.

“Berdasarkan rekod kita, ada yang memiliki 23 kesalahan lampau dalam aktiviti penyalahgunaan dadah,” katanya ketika ditemui pada program Polis Bersama Masyarakat di Kampung Bukit Gasing di sini hari ini.

Rohaimi berkata, kesemua 415 penagih dadah berulang berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tiga sebatan jika sabit kesalahan.

No comments:

Post a Comment